Membawang Hari Ini

Fasha Kecewa Dimalukan Ahli Perniagaan

Pelakon Fasha Sandha baru-baru ini menyatakan kekecewaan beliau terhadap seorang ahli perniagaan textile yang didakwa telah bertindak memalukan beliau dengan sengaja.

Menerusi akaun Instagram Fasha, turut dinyatakan bahawa aktres itu begitu malu dan kecewa dengan tindakan salah seorang teraju utama syarikat textile berkenaan dalam satu majlis ‘Fashion Show’ sempena raya.

Difahamkan, Fasha telah dihalau dari menghadiri majlis berkenaan tanpa sebab yang rasional dan tindakan itu menyebabkan beliau malu.

Fasha pada mulanya hanya menghadiri majlis berkenaan bagi menemani sahabatnya, Ahli Perniagaan, Nur Sajat namun beliau hanya mendapat malu apabila dihalau keluar dari majlis berkenaan.

“Saya kotakan janji, saya pergi hanya untuk Sajat for the first show dan terus balik. Saya benar-benar kecewa dengan apa yang terjadi,” katanya menerusi laman Instagram baru-baru ini.

Beliau dalam masa yang sama turut menyelar tindakan ahli perniagaan berkenaan kerana bersikap bongkak dan memandang rendah terhadap orang lain.

“Semalam awak cuba memalukan orang, cuba nak menghalau orang dari majlis. Awak ingat dengan nama dan kekayaan yang awak ada, awak boleh sesuka hati nak menghalau orang dari malis yang bukan kepunyaan awak?.

Menurut beliau lagi, selepas diarahkan beredar dari majlis berkenaan, Fasha kemudiannya mendapat panggilan telefon dari syarikat textile berkenaan untuk memohon maaf.

Menerusi panggilan telefon berkenaan, Fasha menambah, syarikat berkenaan menyatakan bahawa terdapat jenama yang turut serta akan menarik diri sekiranya  beliau menghadiri Fashion Show tersebut.

Bagaimanapun, jenama berkenaan kemudiannya membuat keputusan untuk membenarkan beliau menyertai majlis berkenaan namun ia disifatkan sebagai sesuatu yang memalukan bagi Fasha.

Apa-apa pun, adat tetamu datang, tidak perlulah mengaibkan atau memalukan Fasha yang telah menghadiri majlis berkenaan dengan menghalau beliau.

Adakah dengan adanya Fasha di Fashion Show itu maka ia akan merosakkan dan meranapkan majlis secara keseluruhannya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");