Membawang Hari Ini

Jantina Anak: “Saya Akan Umum Bila Dah Sedia”- Siti

NAMA penyanyi terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza terus menjadi perhatian selepas berkongsikan berita kehamilannya pada Oktober lalu.

Tetapi, ada sesuatu yang membuatkan netizen tertanya-tanya mengapakah Siti memadam entri yang dimuat naiknya di laman Instagram beberapa minggu lalu.

Entri tersebut menunjukkan video imbasan ultrasound kandungannya. Namun, apa yang menjadi perhatian ialah perkataan princess (puteri) yang menjadi sebutan doktor yang merawatnya ketika itu.

Ramai netizen yang beranggapan kandungan bayi yang kini sudah mencecah enam bulan itu merupakan anak perempuan. Namun, pelantun suara bagi lagu Mikraj Cintaini telah memadam posting tersebut.

Menurut Siti, tindakannya yang tidak mendedahkan jantina kandungannya itu bukanlah sebagai berahsia, sebaliknya menyatakan dia dan suami sedang menunggu masa yang sesuai untuk berkongsi dengan peminat.

“Itu semua keseronokan kerana teruja. Bayi lelaki atau perempuan, nanti kita akan tahu juga. Saya bukan nak berahsia sangat, cuma tunggu masa yang sesuai.

“Lagi pun, suami tak berapa gemar saya berkongsi apa-apa mengenai kandungan sebab masih dalam perut.

“Biar betul-betul cukup sifat semuanya baharu kita kongsi,” katanya dipetik BH Online.

Tambah penyanyi berusia 38 tahun ini lagi, dia hanya akan berkongsi tentang jantina kandungannya itu apabila dia dan suaminya, Datuk Seri Khalid sudah bersedia.

“Saya tidak akan berahsia… Apabila tiba masanya, saya akan umumkan jantina anak ini. Saya tahu, ramai yang ingin tahu, tetapi tunggu apabila kami bersedia mengumumkannya,” tambahnya lagi.

Walaupun penyanyi kesayangan ramai ini sedang hamil, ia tidak menjadi alasan untuknya menyertai aktiviti luar seperti larian Jakel Charity Run For Rohingya pagi tadi.

“Sebelum ini, saya pernah terbabit dalam aktiviti larian Ariani. Dengan kesihatan yang diberikan, rasanya tidak ada masalah untuk saya terbabit sama,” ujarnya.

Katanya, itu merupakan salah satu sokongan yang diberikan kepada masyarakat Rohingya yang ditindas kini selain mengikut saran doktor supaya lebih aktif.

Tidak kiralah apa pun jantina bayi yang dikandungkan Siti, yang penting bayi dan Siti sentiasa dalam keadaan yang sihat. – MYNEWSHUB.CC/SA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");