Perak Hari Ini

Dream Zone MAPS Bakal Dibuka Tak Lama Lagi

IPOH:Megamind Megadrop dan Dream Theatre antara tarikan terbaru yang bakal menemui anda sikit masa lagi apabila berkunjung ke Movie Animation Park Studios (MAPS) yang terletak di Bandar Meru Raya, Ipoh di sini.

Menurut Exco Pelaburan, Industri dan Pembangunan Koridor Negeri, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid ruang ‘Dream Zone’ itu telah siap sepenuhnya dan kini pada tahap terakhir untuk audit keselamatan sebelum dibuka kepada umum.

“Kawasan Dream Zone sudah siap sepenuhnya dan kini kita masih menantikan pihak DreamWorks untuk hadir ke sini yang dijangka pada 12 Januari ini,” katanya dalam satu sidang media pada sesi lawatan bersama media ke ruang Dream Zone di sini hari ini.

Turut hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PKNP, Datuk Aminuddin Md Desa.

Terdahulu, para media di beri kesempatan merasai sendiri pelbagai aktiviti termasuk menaiki Megamind Megadrop, iaitu sebuah drop tower tertinggi di negara ini, setinggi 52 meter.

Jelas Zahir lagi, ia merupakan tarikan terbaru yang bertaraf antarabangsa dan merupakan satu perniagaan jangka masa panjang yang mampu menjana ekonomi negeri Perak kelak.

“Dream Zone sudah bersedia keseluruhannya untuk dibuka kepada umum namun terdapat beberapa perkara yang perlu diutamakan termasuk berkaitan dengan keselamatan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dan lesen untuk diaudit ,” katanya.

Para pengunjung buat julung kalinya bakal dipertontonkan dengan tarikan karektor animasi DreamWork pertama di dunia bagi watak Megamind, The Croods, Casper the Friendly Ghost dan Mr. Peabody & Sherman.

Antara yang patut anda cuba adalah menaiki roller-coaster The Croods Crazy Chase pastinya menguji ketahanan mental dan mungkin juga tekak apabila perlu menjerit di sepanjang perjalanan mencabar itu.

Ruangan sains yang menarik di Mr. Peabody & Sherman juga pastinya memberikan anda pengalaman baru dan berbeza di setiap ruang dan laluan yang disediakan.

Antara yang menarik adalah ruang makan dikenali sebagai The MetroCity Diner yang cukup unik seperti anda sedang menikmati makanan di ruang animasi ‘Megamind’ di luar dari kebiasaan.

MAPS telah menerima kehadiran pengunjung sebanyak 297,000 orang setelah dibuka pada Jun yang lalu dan menjangkakan kehadiran hampir 300,000 orang pengunjung pada penghujung Disember tahun ini.

Anda boleh melayari lawan meb rasmi MAPS di Mapsperak.com untuk mendapatkan maklumat lanjut dan tawaran menarik yang disediakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");