Isu Panas

Golongan Tua Pembangkang Pinggir Orang Muda Diselar

SUBANG: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Abdul Rahman, menempelak segelintir golongan berusia dalam pakatan pembangkang yang meminggirkan orang muda.

Beliau mendesak kepemimpinan pakatan pembangkang meletakkan sekurang-kurangnya 30 peratus orang muda sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Beliau turut membidas pendirian segelintir pemimpin senior pakatan pembangkang yang mahu orang muda menumpukan perjuangan di jalanan dan menyerahkan urusan politik serta pentadbiran parti atau kerajaan kepada kepemimpinan tertinggi sahaja.

“Saya tegaskan dan saya benar-benar maksudkannya. Saya tak nak lagi dengar ucapan pemimpin tertinggi yang selalu kata ‘biar kami sahaja jadi wakil kepada orang muda’.

“Tetapi apabila sampai waktu pilihan raya, kita tengok semua (calon) ‘old’ (tua). Ini salah. Minimum mesti 30 peratus orang muda untuk jadi calon agar aspirasi orang muda tidak dipinggirkan,” katanya ketika berpidato pada Konvensyen Pemuda Harapan di sini, malam ini.

Syed Saddiq turut mengingatkan pemimpin tertinggi pakatan tidak meminggirkan tokoh dan pemimpin muda PPBM, Parti Amanah Negara, PKR dan DAP sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas PRU-14.

Beliau turut menuntut Majlis Presiden pakatan pembangkang meletakkan wakil pemimpin pemuda daripada setiap parti menganggotai msjlis itu.

“Saya fikir tidak betul jika saya seorang sahaja berada dalam Majlis Presiden. Itu salah. Sepatutnya ada wakil pemuda daripada setiap parti berada dalam Majlis Presiden,” katanya.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");