Isu Panas

SPR Terpaksa Dedah Penipuan Pemimpin PH

Kalau tidak buat gempak dan menipu bukanlah ciri pemimpin Pakatan Harapan.

Yang terbaru adalah isu pemilih tentera.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan pernah menerima sebarang permohonan baharu daripada pihak tentera untuk mendaftarkan anggota mereka sebagai pemilih atau membuka lokaliti baru di Kem Paloh, Johor dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (DPT) bagi suku keempat tahun 2017.

Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkata dakwaan pihak tertentu kononnya wujud pemilih baharu di kalangan anggota tentera dan pasangan mereka didaftarkan di Kem Paloh yang dipindahkan dari Kem Mahkota dalam Parlimen Sembrong adalah tidak benar sama sekali.

“Pihak-pihak yang berkepentingan boleh membuat semakan pada Rang DPT bagi Suku Keempat Tahun 2017 yang sedang dipamerkan bermula pada 17 Jan sehingga 30 Jan 2018 di tempat-tempat pameran yang berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Sebelum ini, DAP selaku ketua Pakatan Harapan Johor turut menyebarkan dakyah berlaku perpindahan pendaftaran pengundi di kerusi Sembrong yang disandang Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Berikutan itu, Setiausaha Politik Menteri Pertahanan, Onn Hafiz meminta pemimpin PH terbabit berhubung dengannya bagi mendapatkan penjelasan, namun pelawaan itu tidak dijawab.

Pemimpin Pakatan Harapan Johor juga enggan membuat semakan dengan pihak SPR apabila disaran berbuat demikian bagi mendapatkan kebenaran tentang dakwaan yang mereka bangkitkan.-AD

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");