Perak Hari Ini

Dibuang Kerja Kerana Jatuh Sakit

IPOH:Seorang bekas pemandu lori di sebuah kilang dekat sini hilang mata pencarian selepas diberhentikan kerja serta merta semingu lalu oleh majikannya kerana mengalami masalah kesihatan.

Shahrulrazman Samsuddin 35 berkata doktor mengesahkan dia menghidapi penyakit ‘slipped disc’ dan perlu menjalani rawatan fisioterapi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRBP) yang dijadualkan pada minggu ini.

Malah katanya, doktor turut menasihatinya supaya tidak melakukan sebarang kerja yang berat bagi mengelakkan saraf diantara pinggang dan kakinya supaya tidak menjadi lebih teruk.

“Doktor nasihatkan saya berehat dahulu dan jalani fisioterapi kerana jika tidak menerima rawatan cepat saya perlu menjalani pembedahan,” katanya.

Bercerita mengenai tindakan pemberhentian kerja itu dia akan merujuk perkara tersebut kepada pihak Pejabat Tenaga Kerja bagi meminta nasihat dan rundingan sepatutnya yang perlu diambil.

“Saya tidak diberikan sebarang notis dan hanya diberikan gaji terakhir serta bonus awal tahun dan diminta untuk tidak datang bekerja lagi atas alasan saya sering ingin bercuti dan malas,” katanya.

Sementara itu, isterinya Haniyusnadia Yusof 32 berkata, masalah penyakit saraf yang dialami suaminya telah berlarutan berpunca kerana kerjanya yang sering mengangkat pelbagai barangan berat sejak setahun lalu.

“Penyakitnya sudah ada sejak setahun lalu namun sejak akhir-akhir ini penyakit semakin teruk dan sering mengambil cuti sakit jadi majikan mula marah dan mendakwa suami saya sengaja mencari alasan untuk bercuti,” katanya yang ditemui di kediamannya di Taman Klebang Bayu di sini hari ini.

Haniyusnadia yang merupakan suri rumah sepenuh masa kini menjaga empat anak yang masih kecil iaitu sulung yang berusia enam tahun dan tiga pasangan kembar berusia dua tahun.

“Memanglah rasa terkejut suami diberhentikan kerja begitu sahaja dan sekarang kami tiada mata pencarian kerana hanya suami yang berkerja,” katanya.

Katanya, majikan kilang ubatan itu telah memberikan gaji terakhir kepada suaminya dan meminta suaminya tidak perlu lagi hadir untuk bekerja.

“Setakat ini ada Baitulmal yang datang memberikan bantuan dan kenalan rapat hadir memebirkan bantuan kelengkapan bayi seperti susu dan lampin pakai buang malah empat-empat anak saya pula mengalami penyakit asma,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");