Perak Hari Ini

Gempar, ‘Rusuhan’ Di Ipoh

IPOH:Kawasan sekitar Jalan Raja Dr Nazrin Shah Ipoh di sini gempar apabila dua kumpulan penyokong terdiri daripada orang awam secara tiba-tiba ‘merusuh’ serta mencetuskan kekecohan di hadapan kediaman Menteri Besar sehingga ke Istana Kinta hari ini.

Biarpun hujan, perusuh kelihatan agresif dengan membaling botol dan bertindak kasar kepada pihak Polis yang berada di kawasan itu setelah menerima maklumat.

Mereka sekitar 300 orang bertopeng dan mengibar bendera berada di laluan jalan tersebut kira-kira 3 petang dan dilihat memaki hamun pihak polis dan memberontak apabila diminta bersurai secara aman.

Mereka turut bertindak merempuh,memukul anggota polis serta merosakkan sebuah kereta sebelum anggota pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan tembakan meriam air dan gas pemedih mata bagi menyuraikan mereka.

Bagaimanapun, insiden selama satu jam itu hanyalah simulasi rusuhan latih amal sempena EX-UNDI PER Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata, simulasi yang membabitkan dua jalan utama iaitu Jalan Raja Dihilir dan Raja Dr Nazrin Shah itu merupakan gambaran senario yang berlaku pada hari mengundi yang menyaksikan terdapat dua parti mempunyai keputusan seimbang lantas mencetuskan rasa tidak berpuas hati penyokong parti tersebut lalu bertindak berarak ke rumah Menteri Besar bagi mendesak memilih mereka sebagai kerajaan di negeri ini.

Katanya, Polis Perak katanya akan meneruskan latihan sehingga berlangsungnya PRU sebenar.

“Latihan ini seperti tidak rancang apabila kita membiarkan jalan tak ditutup sehingga dapat maklumat kejadian yang berlaku baru tutup jalan.

“Tujuan utamanya memantapkan persediaan polis Perak dalam menghadapi PRU akan datang, kita perlu memantapkan kemahiran profesionalisme pihak Polis hingga ke tahap 100 peratus.

“Malah setakat ini penugasan PDRM adalah pada tahap 99 peratus dan satu peratus lagi perlu kita perbaiki sedikit sahaja,” katanya kepada media selepas hadir menyaksikan latihan tersebut hari ini.

Terdahulu seramai 500 anggota antaranya melibatkan FRU, Unit Tempur Ringan (LSF), Unit Antirusuhan (PORU) dan Polis Trafik bagi sesi latihan pada kali ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");