Isu Panas

Kerajaan Pikul Beban Ditinggal Bekas Pemimpinnya: Hadi Awang

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini terpaksa memikul beban masalah ekonomi negara yang dilakukan oleh bekas pemimpinnya yang kini memimpin Pakatan Harapan (PH) ketika memerintah negara sejak tahun 80-an, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tanpa menamakan bekas pemimpin terbabit, beliau berkata, masalah ekonomi yang ditanggung kerajaan dan rakyat pada hari ini berpunca daripada salah tadbir urus pemimpin terdahulu yang kini memimpin PH.

“Masalah ekonomi dihadapi negara sama ada kerajaan atau rakyat adalah peninggalan daripada pemimpin yang duduk dalam PH hari ini, yang memerintah negara sejak tahun 1980-an.

“Merekalah mewujudkan masalah. Bahkan pada pendapat saya UMNO yang memikul masalah dibuat oleh mereka ini dahulu,” kata Ahli Parlimen Marang itu di laman sosial Facebook miliknya lapor Berita Harian.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi PH adalah Perdana Menteri Malaysia sejak 1982.

Justeru itu, Abdul Hadi berkata, melihatkan senario itu, PAS memperkenalkan konsep ‘taawun’ iaitu tolong-menolong dalam perkara baik dan membelakangkan perkara mungkar.

“PAS mengemukakan penyelesaian kepada kerajaan bukan kerana kita tamakkan kuasa, bahkan kita terbuka sekiranya kerajaan menerima pandangan kita. Kalau kita jadi kerajaan, kita boleh praktikkan.

“Kalau kita tidak jadi kerajaan, kita boleh menjadi penasihat kepada kerajaan supaya membuat pembetulan dari kesilapan dilakukan pemimpin yang ada dalam PH hari ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");