Perak Hari Ini

Bazar Stadium Perak Tumpuan Ramai Sepanjang Ramadan

IPOH: Secara umumnya bulan Ramadan amat sinonim dengan ‘pesta’ ibadah selain ianya juga merupakan bulan bagi pesta makanan bagi seluruh negara.

Sebalik acara perlawanan bola sepak, Bazar Ramadan di ruang parkir Stadium Indera Mulia, di sini, menjadi antara lebih 20 bazar yang sering menjadi tumpuan buat warga kota khususnya yang tidak berkesempatan menyediakan juadah berbuka.

Difahamkan para peniaga mula meletakkan meja dan segala barangan persiapan berniaga seawal jam 4.00 petang, bagi menerima kedatangan pengunjung sekitar jam 6.00 petang.

Oleh kerana lokasi yang strategik yang mana terletak di tengah-tengah bandaraya, tidak harianlah mengapa ianya sentiasa meriah di sepanjang bulan puasa.

Terdapat pelbagai jenis hidangan yang dijual di sini, baik makanan tradisional mahupun modern.

credit: FB Alif Rozi

Antara yang menjadi tumpuan pengunjung ke sini ialah gerai yang menjual jus mangga.

Oleh kerana sambutan yang amat mengalakkan, peniaga gerai tersebut terpaksa meletakkan kon sebagai penghadang dan panduan untuk pelanggan beratur.

Selain dijual dalam bungksan beg plastik, jus mangga juga boleh didapati di dalam botol yang telah siap disediakan.

Gerai tersebut turut menjual air jus jagung, teh hijau, cincau, dan banyak lagi.

credit: vkeong

Peniaga lain juga tidak ketinggalan dalam menjual juadah makanan lain seperti satay dan ayam percik.

Selain daripada itu, terdapat juga pelbagai jenis lauk-pauk, kuih muih, minuman panas dan sejuk lain dijual sepanjang kira-kira lebih satu kilometer di tapak bazar yang disediakan setiap tahun itu.

Pengunjung juga tidak melepaskan peluang bagi mendapatkan juadah menarik lain seperti nasi ayam, nasi beriani, nasi lemak ayam berempah, murtabak, rojak, laksa, otak-otak dan ikan bakar yang terdapat di sini.

Dalam pada sibuk membeli juadah berbuka, harus diingat agar pengunjung tidak terlalu rambang mata serta mengelakkan daripada berlaku sebarang pembaziran makanan.

Belilah makanan mengikut kemampuan dan secara bersederhana di bulan mulia ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");