Jenayah

Pen Pun Dikebasnya…

MIRI: Akibat tiada barang berharga, sebatang pen dan pelapik anti gerak telefon turut dicuri penjenayah dalam kejadian pecah kereta di Pusat Komersial Pelita, di sini, malam kelmarin.

Kejadian disedari pada 9 malam oleh lelaki berusia 30 tahun apabila mendapati cermin sisi kanan pacuan empat roda Toyota Land Cruiser miliknya itu, dipecahkan.

Sumber berkata, mangsa tidak meninggalkan barang berharga di dalam kenderaannya.

Bagaimanapun, katanya, pemeriksaan lanjut mendapati sebatang pen dan pelapik anti gerak telefon yang diletakkan di dalam kenderaan itu, lesap.

“Suspek dipercayai begitu terdesak sehingga melarikan barang berkenaan,” katanya.

Katanya, sebelum kejadian, mangsa sedang makan malam di sebuah hotel berhampiran, manakala kenderaan itu diparkir di tepi hotel.

“Kerugian dianggarkan bernilai RM2,500 membabitkan kerosakan cermin sisi kenderaan,” katanya

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri berhubung kejadian pada keesokannnya.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan terbabit tulis HMetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");