Koroner Rofiah Mohamad dalam keputusannya berkata, beliau berpuas hati dengan keterangan daripada saksi-saksi inkues dan tidak akan memanggil mana-mana saksi lain.

“Sehubungan itu, inkues ini ditutup,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Koroner Rofiah memanggil pihak berkepentingan untuk mengemukakan hujahan bertulis.

Setakat ini, hanya pihak keluarga yang mewakili Muhammad Adib bercadang memasukkan hujahan bertulis.

Tarikh 21 Ogos kemudian ditetapkan sebagai tarikh mengemukakan hujahan bertulis.

Inkues kematian Muhammad Adib bermula 11 Februari lalu dengan 30 saksi dipanggil bagi memberikan keterangan.

Prosiding inkues dikendalikan Pegawai Pengendali, Faten Hadni Khairuddin dan Asyraf Ashy’ari Kamaruzzaman memetik laporan Kosmo Online.