Perak Hari Ini

Pelancongan Perak: Kerajaan Negeri Cadang Tambah Baik Penggunaan Bahasa

IPOH- Kerajaan negeri menjelaskan bahawa penggunaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin bagi mempromosikan Duta Pelancongan Perak terbaru iaitu Michael Wong adalah sebagai salah satu strategi pemasaran.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Tan Kar Hing berkata, sebarang penyiaran dan risalah yang telah diedarkan oleh Tourism Perak sebelum ini memang akan mengutamakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan namun isu tersebut tidak timbul apabila penggunaan Bahasa Inggeris diketengahkan.

 

“Perkara tersebut adalah salah satu strategi pemasaran untuk media luar negara bagi membuat penyiaran mengenai penglibatan Michael Wong di Malaysia, maka rakyat di sana akan lebih memahami isi kandungan yang ingin disampaikan.

“Namun, kerajaan negeri juga akan memperbaiki penggunaan bahasa khusunya kepada masyarakat tempatan tetapi apa yang jelas tujuan penggunaan bahasa yang sedia ada adalah khusus kepada masyarakat di negara luar,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Selain itu tambah beliau, kerjasama bersama artis tersebut telah dikaji secara saintifik dimana dapat dikaitkan catatan pelancong ke Malaysia iaitu jumlah tertinggi adalah dari Singapura, Indonesia dan China yang mana peningkatan sebanyak 7.6 peratus dicatatkan melalui pelancong dari China berbanding tahun 2017.

Katanya, kerajaan negeri Perak melalui Tourism Perak juga telah merancang dan memulakan satu siri promosi di China yang menggunapakai kaedah atas talian terutamanya melalui Wechat dan Weibo yang merupakan aplikasi popular oleh warga China.

“Selari dengan strategi pemasaran kementerian, kita telah melaksanakan program bagi memberi ruang kepada pasaran China dengan penerbangan terus ke Gounzhuo kemudian mewujudkan akaun rasmi bagi media social Weibo dan Wechat dimana penggunanya adalah dari China.

“Mengikut statistik, lebih daripada 75% pengguna Weibo adalah golongan yang terdiri daripada Golongan “Millennial” yang berupaya melancong di luar negeri. 60% pengguna Weibo juga merupakan pelancong yang kerapkali merujuk Weibo untuk destinasi pelancongan,” katanya.

Michael Wong merupakan seorang penyanyi antarabangsa yang dilahirkan di Ipoh tetapi beliau kini terkenal di kawasan Asia Timur terutamanya di China, Hong Kong, Jepun, Korea dan Taiwan malah telah melibatkan diri dalam bidang tersebut selama 25 tahun.

Menurut Kar Hing, Michael Wong akan memulakan tugas beliau sebagai Duta Pelancongan Negeri Perak selama 2 tahun bermula dari 1hb Ogos 2019 sehingga 31hb July 2021 dimana pada peringkat permulaan beliau akan pulang ke Negeri Perak pada 19hb September 2019 untuk membuat rakaman video, audio dan lawatan ke beberapa lokasi tumpuan untuk dipromosikan kepada pelanconng dari China

“Beliau akan mempromosikan Negeri Perak sebagai destinasi pelancongan utama di Malaysia melalui 4 tema utama iaitu “Island”, “Adventure”, ”Food” dan “Culture” melalui penceritaan dan pengalaman unik sendiri dari perspektif seorang anak tempatan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");