Berita Hari Ini

Lelaki Patah Kaki, Tersepit Eskalator

SEORANG lelaki patah kaki akibat tersepit pada eskalator di pusat beli belah di Kuala Lumpur, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10 pagi hari ini.

“Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami dapati lelaki berusia 49 tahun tersepit kaki pada eskalator.

“Mangsa patah kaki dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya dalam satu kenyataan, lapor Harian Metro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");