Berita Hari Ini

AADK Tahan Remaja Khayal Dadah

SUNGAI PETANI: Tiga remaja antara 14 lelaki yang ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kuala Muda dalam keadaan khayal akibat pengaruh dadah, di sini, malam tadi.

Dalam operasi 12 jam berakhir pada jam 9 malam itu, tiga remaja berusia antara 16 hingga 18 tahun ditahan di dua lokasi berbeza iaitu di Taman Sri Wang dan Zon Kenanga Ambangan Heights.

Pemangku Ketua Pegawai AADK Daerah Kuala Muda, Irdawati Abdul Hamid, berkata seramai 14 lelaki berusia antara 16 hingga 48 tahun ditahan di beberapa lokasi panas di daerah ini kerana disyaki menghisap dadah.

“Ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine dan morfin.

“Mereka kemudian dibawa ke pejabat AADK Kuala Muda untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor BH Online.

Difahamkan, antara lokasi panas diserbu AADK adalah Kampung Padang Chicar, Kampung Padang Buluh, Kampung Baharu Bakar Arang, Kampung Pengkalan Bukit Kechil, Kampung Baru Sungai Lalang dan Kampung Batu Hampar Merbok.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");