Berita Hari Ini

Bayaran Bantuan Bulanan JKM Dimasukkan Esok

KUALA LUMPUR: Kementerian Wanita dan Keluarga memaklumkan, 500,000 penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima wang bantuan itu esok.

Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun dalam kenyataan hari ini berkata, bantuan bagi bulan April yang dimasukkan 15 hari lebih awal itu membabitkan jumlah RM150 juta.

“Kami mengharapkan semua penerima bantuan yang ingin keluar ke bank, sentiasa berhati-hati dan mematuhi arahan semasa yang dikeluarkan pihak Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

“Amalkan jarakkan sosial dan elakkan berada di kawasan bank yang sesak,” menurut kenyataan itu, lapor BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");