Berita Hari Ini

70 kes baharu, 88 pulih dan satu kematian hari ini

MALAYSIA terus melaporkan kadar kes pulih lebih tinggi berbanding kes baharu Covid-19 hari ini, dengan 88 pesakit disah pulih dan dibenar keluar hospital berbanding 70 kes jangkitan baharu, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Satu kematian juga dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, menaikkan korban wabak di negara ini kepada 109 orang, kata ketua pengarah kesihatan itu pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Jelasnya, 31 kes baharu hari ini melibatkan warga asing.

Data terbaru menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia sebanyak 6,726.

Manakala, jumlah mereka yang pulih pula seramai 5,113 orang atau 76% daripada jumlah keseluruhan kes.

Jumlah kes aktif pula adalah 1,504, dengan 20 pesakit dirawat di ICU dan tujuh daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");