Galeri

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini berkesempatan menyempurnakan Majlis Penyerahan Hak Milik RPB Ulu Chemor dan Surat Tawaran RPB Ulu Samak, Hulu Kinta di Dewan Komuniti Chemor, Ipoh. Turut hadir, Mantan ADUN Hulu Kinta, Datuk Aminuddin Md Hanafiah; Mantan ADUN Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin, Mantan Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man serta Ketua Penolong Pegawai Daerah Kinta, Shahrul Azam Shaari.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini berkesempatan hadir merasmikan Majlis Penganugerahan Sijil Pengurusan dan Operasi Ladang (SPOL) Kohort 3 dan Integrated Certificate Plantation Management (iCPIM) Kohort 4 di Wisma Wan Mohamed Perak Agro, Ipoh. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak, Datuk Ahmad Rizal Abdul Rahmad serta Pengarah Eksekutif International Institute of Plantation Management, Halid Hasbullah Boestamam.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan hadir pada Majlis Penyerahan separa Projek menaiktaraf Stadium Perak, di sini hari ini. Turut hadir pada sesi tersebut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man selaku wakil Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Majlis tersebut merupakan penyerahan separa projek Stadium Perak serta pemasangan kerusi dan Trek larian. Pada sesi tersebut turut berlangsung upacara menandatangani dokumen penyerahan separa projek tersebut antara pihak MBI dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");