Galeri

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini hadir merasmikan sambutan Hari Keamanan 2018, anjuran Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di Padang Ipoh. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Datuk Dr. Muhammad Amin Zakaria; Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man serta pengetua, Anand Baharuddin. Ia turut disertai 1000 orang pelajar daripada beberapa sekolah berasrama penuh dan sekolah harian yang lain. Simbolik perasmian program ialah dengan menaikkan bendera keamanan dan melepaskan burung merpati.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini hadir merasmi dan menyempurnakan Majlis Penyerahan Hak Milik Felda Gunung Besout 2 kepada 115 orang peneroka. Turut hadir, ADUN Slim merangkap Ahli Lembaga Felda, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib; Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rusnah Kassim serta Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke majlis perasmian Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Casuarina @ Meru, pagi tadi. Turut berangkat, Raja

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");