Laporan Eksklusif, Perak Hari Ini

Proton Iriz Dilancarkan Hari Ini, Dilengkapi EPS Dan Akses Tanpa Kunci

PROTON Holdings Bhd hari ini melancarkan Proton Iriz, model terbaru kereta kompak (PROTON Compact Car) buat generasi baru yang direka selaras keperluan automotif global terkini dan mengikut citarasa pengguna.

Model yang diberi nama Iriz ini dilengkapi dengan ciri keselamatan terkini seperti Smart Electric Power Steering (EPS), akses tanpa menggunakan kunci dengan pengendalian lebih cekap dan  beg udara untuk keselamatan.

Majlis pelancaran Proton Iriz disempurnakan oleh Pengerusi PROTON, Tun Dr Mahathir Mohamad di PROTON CITY Tanjung Malim, sebentar tadi.

tun1

Hadir sama, Ketua Eksekutif PROTON, Datuk Abdul Harith Abdulah dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Dalam ucapannya, Tun Mahathir berkata PROTON mensasarkan untuk memasarkan kereta buatan Malaysia ke pasaran global, bukan hanya setakat untuk jualan domestik sahaja.

tun2

“Dahulu, kita hanya terlibat dalam 20 peratus untuk hasilkan kereta pertama buatan Malaysia manakala 80 peratus lagi melibatkan bantuan luar negara,” katanya.

Namun kini, Malaysia katanya, boleh berbangga kerana berupaya membina, mereka dan memandu uji sesuatu rekaan kereta yang selamat dipandu atas jalan raya walaupun bukan sepenuhnya.

tun3

Tambah Mahathir lagi, Iriz merupakan kereta kompak yang dihasilkan mengikut standard pasaran dunia.

Iriz hadir dengan tujuh kompilasi warna antaranya merah, hitam, hijau sitrus dan silver moon dust serta dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dari harga bermula RM42,438 (standard); RM46,438 (executive) dan RM59,438 (premium).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");