Membawang Hari Ini

Aliff Aziz mangsa keadaan?

KONTROVERSI melibatkan penyanyi, Aliff Aziz nampaknya sering mendahului kerjaya seni anak kelahiran Singapura ini.

Terbaru, Aliff dikhabarkan didenda $2,000 kerana kesalahan mencuri dua telefon bimbit. Bukan itu sahaja, pasport miliknya turut ditahan pihak berkuasa negaranya.

Menurut laporan akhbar negara itu, Aliff dikenakan denda $2,000 Jumaat lalu atas kesalahan mencuri telefon bimbit. Jika gagal membayar denda tersebut, dia boleh di penjara 20 hari sebagai ganti.

Menurut kertas pertuduhan, Aliff, 23, didakwa mencuri dua telefon bimbit berjenama HTC one dan Samsung Note 1, yang setiap satu bernilai $800. Telefon itu dimiliki seorang individu bernama Yong Kit Siong.

Aliff dikatakan mencuri telefon bimbit itu bersama seorang lagi lelaki bernama Muhammad Nurazlee Roslee pada atau sekitar 12.01 tengah malam pada 24 Mei lalu di kolong blok Blok 36 Tanglin Halt Road.

Bagi kesalahan mencuri, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali. Aliff didakwa di mahkamah buat kali pertama pada 16 Ogos lalu.

Bagaimanapun di sebalik berita tersebut, terdapat khabar yang mengatakan Aliff menjadi mangsa keadaan dek kerana terlalu percaya dengan rakannya.

Sementara itu, wakil Sony Music yang dihubungi Zass, enggan memberi sebarang komen lanjut mengenai kes ini termasuk perihal perjalanan karier Aliff selepas ini.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");