Laporan Eksklusif, Perak Hari Ini

Banjir : Pam Air Mampu Kawal Lebihan Air Sungai Pari

MANJOI : Penduduk di sekitar Gugusan Manjoi boleh menarik nafas lega kerana sistem tebatan banjir yang dibina iaitu pam air dilihat mampu mengawal limpahan air sungai sekiranya paras air naik akibat hujan yang kerap, kebelakangan ini.

Tinjauan PerakToday hari ini mendapati, meskipun lebih daripada tiga pam air dibina di kawasan yang pernah dilanda banjir kilat beberapa tahun lalu, namun apa yang mungkin perlu diperbaiki adalah sikap orang ramai terutamanya melibatkan kaedah pembuangan sampah sarap.

Aktiviti membuang sampah ke dalam sungai adalah punca kepada masalah banjir kilat yang berlaku di kawasan ini masih belum menjadi iktibar mahupun kesedaran kepada orang ramai.

manjoi3

Menurut seorang kontraktor yang mengendalikan pembersihan sungai di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran, Shamsul Wagiron, 41, lewat malam semalam paras air Sungai Pari mencecah 3.2 meter.

“Paras air mulai naik sekitar jam 9 malam, kerana hujan yang berlarutan sejak jam 5 petang semalam,” katanya.

Bagaimanapun, pagi ini paras air kembali surut dan sampah-sarap mulai timbul.

manjoipam

Katanya, kerja-kerja pembersihan yang dilakukan semalam berhasil mengumpulkan sampah bersamaan tiga lori, bersaiz tiga tan.

Ini katanya, sampah-sarap berkenaan di bawa arus yang datang dari arah Meru melalui aliran air sungai ke kawasan berkenaan.

manjoiorgramai

Sementara itu, penduduk kawasan itu yang juga seorang pesara sebuah agensi kerajaan, Mohd Sohari Abdul Mutalib, 61,berkata, sejak tinggal di situ berpuluh tahun lalu, kediamannya tidak pernah dilanda banjir.

“Bagaimanapun, ada juga serba sedikit persiapan asas, andai kata keadaan air naik tidak terkawal,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");