Jenayah

Black maria Imigresen bawa Pati terbalik

REMBAU – Seramai 25 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang bakal diusir keluar dari negara ini terbabit dalam kemalangan apabila kenderaan jenis black maria Jabatan Imigresen kemalangan di kilometer 232.9 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, kenderaan jabatan berkenaan dipercayai cuba mengelak sebuah kenderaan jenis honda yang tiba-tiba hilang kawalan merempuh pembahagi jalan di sebelah kanan sebelum berpusing ke sebelah kiri jalan.

Difahamkan kenderaan jabatan berkenaan dalam perjalanan dari Depoh Tahanan Machap Umboo ke Depoh Tahanan KLIA.

Keseluruhan, Jabatan Imigresen membawa 35 pati di mana 10 pati perempuan menaiki van jabatan.

Lima pati yang menaiki black maria jabatan mengalami kecederaan ringan dan dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan kes masih lagi dalam siasatan polis.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");