Sukan Hari Ini

Jing Yi lakar kejutan

PEMAIN perseorangan wanita, Tee Jing Yi membuat kejutan di Kejohanan Badminton Siri Super Hong Kong 2014 apabila menewaskan pemain pilihan kedua dari China, Yihan Wang pada aksi pusingan kedua, semalam.

Jing Yi yang turun sebagai pemain bukan pilihan bagaimanapun dipaksa bermandi peluh sebelum mencatat kemenangan 21-19, 14-21 dan 21-15 dalam perlawanan yang mengambil masa 51 minit.

Pada perlawanan suku akhir hari ini, Jing Yi akan berdepan pemain Sepanyol, Carolina Marin yang sebelum itu mengalahkan rakan senegara, Lydia Cheah 21-10 dan 21-10.

Jing Yi berkata, dia tidak menyangka dapat menewaskan pemain China yang lebih berpengalaman.

“Saya gembira dengan kemenangan ini. Saya beraksi tanpa ada rasa tekanan dan cuba memberikan persembahan terbaik.

“Saya berharap dapat meneruskan momentum kemenangan pada perlawanan seterusnya,” katanya.

Bagaimanapun kemaraan Jing Yi gagal diteruskan beregu wanita, Lim Yin Loo-Lee Meng Yean apabila kecundang di tangan pilihan kedua dari China, Yixin Bao-Xiaoli Wang.

Bagaimanapun, Yin Loo-Meng Yean menang pada set pertama, 21-19 sebelum kalah 16-21 pada set kedua.

Set ketiga, Yin Loo-Meng Yean kalah 9-21 dan gagal menandingi kecergasan dan kekuatan pasangan China itu.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");