Sukan Hari Ini

Welbeck pasti mahu gegar gawang kami – Van Gaal

LONDON: Pengurus Manchester United, Louis van Gaal sudah bersedia temu Arsenal dan menjangkakan Danny Welbeck pasti ghairah mahu menjaringkan gol mengatasi pasukan lamanya itu.

Kedua-dua pasukan elit itu akan bertemu dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, esok dan pengendali itu percaya bekas anak didiknya itu mahu membuktikan sesuatu.

Van Gaal akur akan hakikat bahawa Welbeck amat teruja mahu menjaringkan gol menentang bekas kelabnya untuk mencari satu kepuasan.

Dia menyamakan situasi itu sama seperti apa dilakukan bekas penyerang Arsenal, Robin van Persie yang berjaya menggegar gawang The Gunners selepas dia berpindah ke Man United pada 2012.

“Ini adalah bola sepak dunia,” kata Van Gaal, hari ini.

Welbeck, 23, sudah menjaringkan 10 gol daripada 20 kemunculan untuk Arsenal dan skuad England sejak dia meninggalkan Old Trafford dengan nilai STG16 juta (RM80 juta) pada hari terakhir Jendela Perpindahan, September lalu.

Apa pun, Van Gaal berkata dia tidak menyesal menjual Welbeck kepada Arsenal tetapi beranggapan kejayaan bekas anak didiknya di Emirates kerana beraksi secara kerap untuk kelab baharu berbanding ketika bersama United. – AFP-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");