Perak Hari Ini

Peranan Perjuangan UMNO Bantu Bumiputera

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan peranan perjuangan UMNO adalah membantu Bumiputera, sebagai agenda Nasional selain memupuk kepemimpinan daripada golongan muda supaya parti ini untuk terus relevan.

Beliau berkata demikian dalam ucap utamanya semasa perasmian perbahasan tiga sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri pada persidangan UMNO 2014 di sini.

“Melalui data Jabatan Perangkaan Malaysia 2013, terdapat  jurang ekonomi antara kaum yang memperlihatkan bahawa jumlah isi rumah bagi Bumiputera adalah yang terendah iaitu hanya 75.5 peratus berbanding kaum lain,” katanya.

Menurut beliau, kedudukan ekonomi kaum Bumiputera juga kelihatan meruncing berikutan masih berlakunya ketidaksamaan dalam ekonomi kini.

“Kita tidak boleh membiarkan majoriti rakyat terpinggir dan tersisih dalam ekonomi Malaysia yang sedang pesat membangun ini,” katanya.

Beliau berkata, perjuangan UMNO adalah untuk membantu dengan memberi tumpuan kepada program kemahiran bagi  meningkatkan kemahiran selain daripada memperkukuhkan undang-undang dan menolak diskriminasi alam pekerjaan.

Ujarnya lagi, agenda dasar Bumiputera perlu dijadikan teras utama dalam rancangan Malaysia ke-11 kelak.

PERAK TODAY 1

Cabaran baru seperti pluralisme dan militan perlu dibendung habis-habisan kerana ia bakal membawa kesan buruk jika tidak ditangani segera.

“Peranan sistem pendidikan kebangsaan juga adalah menjadi keutamaan untuk dijadikan sebagai pendidikan nasional untuk memupuk perpaduan,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menegaskan mengenai pengekalan kepada Akta Hasutan dengan melalukan penambahbaikan daripada beberapa sudut.

“Kita akan memberi penekanan khusus bagi  menghalang mana-mana pihak mempertikaikan mengenai soal jaminan perlembagaan terutamanya  berkaitan Agama Islam dan penganut agama masing-masing,” katanya.

Beliau turut menyarankan semua sayap parti untuk tidak sesekali mengamalkan budaya ‘pungut dan tabur’ dan memberi peluang dan ruang kepada pemimpin muda.

Justeru katanya, UMNO perlu memberi nafas baru pada parti dengan beberapa pendekatan seperti memilih pemimpin muda yang berwibawa, galakan budaya berfikiran dengan idealisme yang segar dan memanfaatkan teknologi maklumat sebaik mungkin.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");