Perak Hari Ini

UMNO 2014: Muka Baru Dan Lama Perlu Bekerjasama

KUALA LUMPUR: Perhatian dan penglibatan golongan muda dan pemimpin terdahulu perlu bagi meremajakan parti UMNO seiring dengan matlamat yang diinginkan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti kali ini.

Ketua Pemuda UMNO Perak, Hairul Anwar Mohamed Noor berpendapat peranan golongan muda perlu dengan menerapkan idea yang berinovasi untuk perjuangan parti.

“Tindakan ini bukan sekadar meminggirkan orang lama tetapi lebih baik orang lama dan orang baru bekerjasama dalam setiap bahagian,” katanya.

Jelasnya lagi, tindakan bekerjasama itu katanya berupaya membantu kedua belah pihak dalam menguna pakai idea masing-masing untuk direalisasikan.

Penegasan fokus utama pada tahun hadapan untuk menambahkan ahli UMNO dalam negara kita yang ratusan ribu lagi belum menjadi pengundi

“Golongan ini masih berada di tengah-tengah yang memerlukan perhatian untuk turut serta bersama kerajaan,” katanya.

Jelasnya lagi, golongan muda kini dihalang oleh perasaan takut kepada parti kerana tidak didedahkan sejak dahulu lagi.

“Kepimpinan perlu mewujudkan forum untuk mengembalikan aspirasi dan harapan orang muda untuk mempertahankan parti pada masa hadapan,” katanya.

Ujar Anwar lagi, sayap pemuda Perak bakal mensasarkan pendekatan untuk mengembalikan roh spiritual UMNO dalam kalangan ahlinya kelak.

“Dahulu kita ada program wira bangsa dan kini akan mengadakan program yang bersifat ketenteraan bagi menguatkan semangat mereka lantas memahami perjuangan UMNO,” katanya.

Tambahnya lagi, pemuda UMNO kini sering ditohmah dengan pelbagai persepsi negatif yang perlu dihapuskan segera sebelum bertambah serius.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");