Perak Hari Ini

Dasar Sungai Cetek Punca Banjir di Beruas

BERUAS : Air yang melimpah akibat pertembungan Sungai Rotan dan Sungai Beruas di sini dikatakan antara punca banjir di Kampung Padang Serai, Batu Hampar, Beruas.

Masalah air melimpah dan mengakibatkan banjir ini adalah kejadian yang melanda saban tahun.

Kali ini kejadian ini melibatkan 12 buah rumah dan enam buah keluarga telah pun dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Agama Rakyat Kampung Padang Serai dan melibat 25 orang penduduk di kawasan terlibat.

Beberapa agensi kerajaan yang tampil membantu antaranya Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam, Rela, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Penghulu Mukim.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baru turut membantu dalam operasi memindahkan mangsa banjir.

Bagaimanapun sehingga kini kelibat Ahli Parlimen Bruas, Datuk Ngeh Koo Ham masih tidak kelihatan.

bruas1

bruas

bruas3

bruas4bruas5

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");