Perak Hari Ini

Remaja Lelaki Maut, Motosikal Terbabas

TAIPING: Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal dibonceng bersama rakannya terbabas ke dalam longkang di sini, awal pagi tadi.

Menurut sumber Bomba dan Penyelamat, panggilan kecemasan diterima sekitar jam 8.32 pagi tadi dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya jentera di tempat kejadian didapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah motorsikal jenis Honda jenis EX5 yang terbabas ke dalam longkang,” katanya.

Kejadian ini mengakibatkan Mohd irfan Faizol, 12, disahkan maut di tempat kejadian manakala rakannya yang membonceng bersamanya Mohd Yusuf Shamsudin, 15, cedera parah.

Mangsa yang mengalami kecederaan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan

Operasi tamat sekitar jam 10 pagi tadi yang diketuai oleh Ketua Operasi PBK II Izuan Che Ibrahim.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");