Perak Hari Ini

Caliph Buskers Buat Penampilan Istimewa Di Ipoh

IPOH: Caliph Buskers yang mencipta fenomena dalam persembahan Anugerah Juara Lagu (AJL) baru-baru ini tampil membuat penampilan istimewa sempena program amal di Restoran Mat Periuk, di sini, petang tadi.

Menurut vokalis utamanya, Azmi Saat, kumpulan itu berkunjung ke Ipoh untuk membantu golongan kurang bernasib baik melalui program amal dan majlis kesyukuran yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO Ipoh Barat.

PERAK TODAY 3

“Program seperti ini dapat membantu kumpulan buskers berkembang dan seterusnya menjadi terkenal,” katanya.

Mengulas mengenai populariti kumpulan itu yang semakin meningkat naik, jelasnya fenomena itu
bukan sahaja menggembirakan tetapi juga turut memberi tekanan kepada ahli kumpulan tersebut.

“Perubahan ini cukup mendadak hingga kami tidak tahu untuk memulakan langkah tetapi pada masa sama cukup seronok dengan apa yang berlaku hari ini,” katanya.

Program amal sambil berhibur itu dianjurkan dengan kerjasama bersama Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) dan Restoran Mat Periuk Ipoh.

PERAK TODAY 9

Menurut Pegawai YBUDR, Abdul Salim Putera Ahmad Shibi, hasil sumbangan amal kali ini akan disalurkan kepada yang golongan yang memerlukan.

“Seperti yang diketahui, YBUDR ditubuhkan bagi membantu golongan keterbawahan dan sumbangan tersebut akan digunakan untuk membantu mereka ini,” katanya.

Tambahnya lagi, program amal itu bakal berlangsung sehingga jam 12 malam nanti.

“Kami sediakan tabung derma di hadapan pentas dan pengunjung juga peluang untuk bergambar dengan kumpulan Caliph Buskers,” katanya lagi.

PERAK TODAY 8 (1)

Sementara itu, menurut pemilik restoran Mat Periuk, Chef Kamarul Hasni Che Ros, restoran miliknya mempunyai beberapa segmen masakan, sama seperti seni muzik.

“Kita sudah beberapa kali bekerjasama dengan YBUDR dan program amal hari ini yang agak istimewa kerana bukan senang untuk membawa Caliph Buskers ke Ipoh,” tambahnya.

Ipoh katanya, salah satu lokasi menarik untuk dilawati dan program tersebut berupaya mempromosikan bandar raya itu kepada para pelancong.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");