Sukan Hari Ini

Diouf yakin Badak ‘mengganas’

Kota Kinabalu: Penyerang Sabah El Hadji Diouf yakin skuad Badak mampu ‘mengganas’ dalam saingan musim baru Liga Perdana 2015 meskipun memperoleh keputusan seri dalam dua perlawanan persahabatan, baru-baru ini.

Katanya, kerjasama pemain perlu terus dipertingkatkan bagi memperoleh kejayaan diinginkan dalam tempoh dua minggu sebelum liga bermula.

“Pencapaian ditunjukkan semakin meningkat dan ini dapat dilihat ketika menentang pasukan Liga Super, namun masih ada yang perlu diperbaiki,” katanya ketika ditemui semalam.

Dua perlawanan persahabatan menentang Sime Darby di Stadium Likas pada Sabtu dan Isnin lalu menyaksikan kedua-dua pasukan sekadar berpuas hati seri 1-1.

Aksi perlawanan kedua turut menyaksikan bekas pemain terbaik Afrika itu menyumbat gol pendahuluan untuk skuad bergelar Sabah Rhinos itu.

Diouf turut gembira dengan peningkatan ditunjukkan pemain tempatan seperti Maxsius Musa, Azzizan Nordin dan Rozaimi Abdul Rahman.

“Mereka perlu bekerja lebih keras untuk mencapai tahap kemampuan sebenar dan saya yakin permainan mereka masih boleh ditingkatkan,” katanya.

Dalam pada itu, ketua jurulatih Justin Ganai turut gembira atas pencapaian anak buahnya yang mula menunjukkan persefahaman baik di padang.

“Kita masih ada dua minggu sebelum liga bermula dan saya yakin persefahaman dalam kalangan pemain akan bertambah baik, begitu juga dengan corak permainan mereka,” katanya.

Sabah akan meneruskan aksi persahabatan dengan bertemu juara lima kali Liga Singapura, Tampines Rovers FC di Stadium Likas.

Perlawanan itu menjadi medan terakhir mereka sebelum memulakan kempen Liga Perdana bertemu Kuala Lumpur pada 6 Februari.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");