Sukan Hari Ini

Ibarat aksi buku bertemu ruas

MENJELANG pertembungan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan Pahang bagi merebut Piala Sumbangsih di Stadium Larkin, malam ini, Bojan Hodak percaya anak buahnya mampu meraih kemenangan pertama Liga Malaysia (Liga-M) musim baharu.

Pengendali dari Croatia itu juga turut menyifatkan perlawanan antara pasukan bimbingannya dengan skuad Tok Gajah sebagai ‘buku bertemu ruas’ dan diibaratkan babak ulangan final Piala Malaysia 2014.

Hodak berkata, perlawanan menentang pasukan jaguh dari pantai timur itu sudah pasti menjadi pertarungan yang sukar, namun dirinya percaya JDT selaku tuan rumah memiliki kelebihan untuk mengatasi pasukan kendalian Zainal Abidin Hassan.

“Perlawanan ini pastinya sukar, seperti juga pertemuan-pertemuan terdahulu antara kedua-dua pasukan.

“Tetapi perlawanan ini diadakan di Stadium Larkin dan di hadapan penyokong kami, jadi saya yakin JDT akan mampu membawa pulang mata kemenangan,” katanya.

Kedua-dua pasukan itu bakal berentap di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin untuk merebut Piala Sumbangsih yang juga menyumbang kutipan mata untuk saingan Liga Super musim ini.

Bojan berkata, persiapan pasukannya berjalan lancar dengan kesemua pemain mempamerkan prestasi semasa yang baik dan bersedia untuk diturunkan kecuali pemain sayap, S Chanturu.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");