Berita Hari Ini

Isu rotan: Malaysia ada pengecualian?

KUALA LUMPUR – Bukan semua perkara dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) perlu dituruti Malaysia kerana terdapat lima pengecualian yang dibenarkan disebabkan ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tempatan.

Pakar rujuk undang-undang dalam perlindungan kanak-kanak, Dr Farah Nini Dusuki berkata, ini bermakna bukan 100 peratus keputusan CRC diterima oleh Malaysia.

“Sebenarnya CRC adalah konvensyen yang telah dirangka dengan mengambil kira pendapat pakar termasuk pakar dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

“Kita tidak sewenang-wenangnya ikut CRC. Bila kita mula-mula tandatangan CRC, ada 12 pengecualian, tetapi sekarang tinggal lima pengecualian kerana ada hak yang sudah dibolehkan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kata Farah Nini, lima perkara yang Malaysia tidak setuju dalam CRC ialah tiada diskriminasi terhadap kaum, hak kewarganegaraan, hak kebebasan beragama, Perkara 37 iaitu tidak boleh sebat dan hukuman memalukan kepada pesalah juvana, dan Perkara 5 iaitu hak mendapatkan pendidikan.

“Kita ada lima perkara tidak setuju (pengecualian) kerana ada antaranya bercanggah dengan agama Islam. Misalnya hak kebebasan beragama, Malaysia tidak beri hak kepada anak-anak memilih agama selagi di bawah usia 18 tahun.

“Selain itu, kita tidak setuju untuk tiada diskriminasi kaum kerana kita ada perundangan yang melindungi hak Melayu dan Bumiputera,” katanya.

Mengenai hak kewarganegaraan, Malaysia tidak bersetuju kerana ia memudahkan anak warga asing yang lahir di negara ini secara automatik mendapat taraf warga negara.

Ditanya apa akan berlaku jika Malaysia tidak menuruti CRC, beliau berkata ia hanya akan mencacatkan laporan hak kanak-kanak yang perlu dihantar setiap empat tahun.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");