Sukan Hari Ini

Isu lapuk berulang

Kuala Lumpur: Ketika Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sibuk dengan proses penswastaan Liga Malaysia 2016, isu lapuk membabitkan kualiti padang teruk masih lagi kedengaran setiap kali musim bermula.

Walaupun badan induk itu melakukan pemeriksaan padang sebelum digunakan mana-mana pasukan sebagai venue rasmi, masalah itu tetap menjadi rungutan beberapa jurulatih dan pemain.

Menurut bekas pemain kebangsaan Khalid Ali, FAM sepatutnya memandang serius kualiti padang digunakan bagi saingan Liga M kerana boleh memberi gambaran mengenai imej bola sepak tanah air.

“Isu padang ini sudah lama namun tetap berlaku. Sepatutnya apabila kita sudah melangkah ke era profesional ini, keadaan padang tidaklah seteruk seperti yang berlaku sekarang.

“Soal padang dan keselamatan penonton bagi saya, dua perkara utama yang perlu diambil kira FAM.

“Macam mana mereka boleh sibuk untuk menswastakan liga jika perkara asas dalam permainan bola sepak tidak dititikberatkan. Memang FAM tiada kuasa dalam menguruskan padang atau stadium tapi mereka perlu mengetatkan peraturan untuk hanya membenarkan pasukan mempunyai padang yang baik saja beraksi,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Dalam laporan semalam, jurulatih Sarawak Robert Alberts mengkritik kualiti padang Stadium Negeri yang bukan saja menjejaskan permainan malah boleh mengundang risiko kecederaan pemain.

Khalid berkata, pihak kelab dan persatuan negeri sepatutnya sudah menyelesaikan masalah padang ini dengan pengurusan stadium lebih awal dan tidak menunggu sehingga liga bermula.

“Memang stadium bukan di bawah bidang kuasa sesebuah kelab dan persatuan negeri namun takkan baru dua, tiga perlawanan padang sudah rosak teruk. Sepatutnya sudah ada perjanjian antara kedua-dua pihak dalam urusan penjagaan dan penggunaan padang itu,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");