Perak Hari Ini

3,892 calon STPM 2014 Di Perak Peroleh Kelulusan Penuh

IPOH: Seramai 3,892 calon atau 98.01 peratus daripada 3,971 calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2014 di Perak berjaya mendapat kelulusan penuh.

Jumlah itu meningkat sebanyak 0.8 peratus berbanding tahun 2013 yang hanya mencatatkan pencapaian 97.21 peratus.

Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Zulkarnaini Hussin berkata, jumlah itu mewakili calon yang lulus peringkat prinsipal dalam mata pelajaran diambil

“Daripada jumlah tersebut, seramai 48 atau 1.21 peratus calon lulus 5 prinsipal, 2,689 (67.72 peratus), lulus 4 prinsipal; 624 (15.71 peratus) lulus 3 prinsipal, 316 (7.96 peratus) lulus 2 prinsipal dan 215 (5.41 peratus) lulus 1 prinsipal,” katanya.

Walau bagaimanapun, beliau berkata, bilangan pelajar yang mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diambil iaitu mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 menurun berbanding tahun sebelumnya.

“Seramai 53 orang atau 1.33 peratus calon telah mendapat PNGK 4.00 dan jumlah ini menurun seramai 16 orang berbanding 69 orang (1.31 peratus) pada 2013.

“Seramai 1,329 calon atau 33.84 peratus mendapat PNGK antara 3.0 ke 4.0 iaitu atau 33.84,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar semasa mengumumkan keputusan peperiksaan STPM 2014 bagi negeri Perak di Pejabat Pendidikan Negeri dekat sini, hari ini.

PERAKTODAY (10)

Tambah beliau, sebanyak 41 buah sekolah di negeri itu mencatatkan pencapaian lulus 100 peratus.

“Pencapaian peratus lulus penuh pada tahun 2014 menunjukkan peningkatan sebanyak 15 buah sekolah berbanding hanya 26 sekolah pada 2013,” katanya lagi.

Selain itu, beliau menyatakan, daripada 21 mata pelajaran yang ditawarkan, 15 mata pelajaran telah mencatatkan peningkatan dari segi peratusan lulus.

“Antara mata pelajaran yang menunjukkan peningkatan ialah Bahasa Cina dengan pencapaian 22.43 peratus, Bahasa Tamil (20.39 peratus); Bahasa Arab (20.13 peratus), Ekonomi (8.27 peratus), Geografi (6.63 peratus) dan Pengajian Am (2.93 peratus).

“Mata pelajaran yang menunjukkan penurunan peratusan lulus pula antaranya Matematik M, Sains Sukan, Usuluddin, Biologi, Fizik dan Seni Visual,” katanya.

Zulkarnain berkata, empat calon STPM dari Perak dipilih untuk mendapat penghargaan manakala dua sekolah pula telah menerima penghargaan sebagai sekolah cemerlang di peringkat kebangsaan.

“Pelajar tersebut ialah Ho Kar Meng dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist (ACS), Ipoh dan Khor Siew Ching dari SMK King Edward VII, Taiping yang masing-masing mendapat keputusan PNGK 4.0

“Manakala dua lagi pelajar yang terpilih ialah calon Orang Asli iaitu C Farah Syahera yang menuntut di SMK Khir Johari, Sungai Sumun dan pelajar SMK Sultan Yussuf, A.Najurai yang mendapat keputusan PNGK 3.5.

“Sementara itu, SMK Hua Lian, Taiping dan SMK Shing Chung, Sungai Siput (U) pula telah menerima penghargaan sebagai sekolah cemerlang di peringkat dengan masing-masing purata GPS 3.25 dan 3.12,” jelasnya.

SMK Raja Permaisuri Bainun, dekat Ipoh pula katanya, menjadi satu-satunya sekolah di Perak yang berjaya mencatat kelulusan 100 peratus untuk peringkat 4 prinsipal.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");