Perak Hari Ini

SMK Shing Chung Antara Sekolah Cemerlang STPM 2014

Oleh: Firdaus Mat Radzi (Wartawan Pelatih):-

IPOH: Buat pertama kalinya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Shing Chung, Sungai Siput (U) tersenarai sebagai sekolah cemerlang di peringkat kebangsaan bagi peperiksaan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) 2014.

Kejayaan itu meletakkan sekolah itu tersenarai bersama SMK Hua Lian, dekat Taiping.

PERAKTODAY2 (8)Menurut Penolong Kanan Tingkatan Enam, Lee Bee Ling, usaha keras selama 15 tahun telah membuahkan hasil apabila sekolah itu berjaya mencapai 3.12 Gred Purata Sekolah (GPS) di belakang SMK Hua Lian yang merekodkan pencapaian 3.25.

“Pihak sekolah telah melaksanakan pelbagai program seperti mentor-mentee, anak angkat dan kelas tambahan semasa cuti sekolah bagi membantu pelajar menghadapi peperiksaan,” ujar beliau kepada pemberita di sini, hari ini.

Seramai 32 calon dari SMK Shing Chung menduduki peperiksaan tersebut, katanya.

Sementara itu, SMK Raja Permaisuri Bainun di sini, pula muncul satu-satunya sekolah di Perak yang berjaya mencatat kelulusan 100 peratus empat prinsipal.

Pengetuanya, Mat Jaafar Mat Zain, berkata ini merupakan kejayaan pertama yang dilakar sekolah tersebut.

“Terdapat peningkatan berbanding keputusan peperiksaan STPM 2014 berbanding tahun lalu.

“Pada 2013, kita tidak mencapai kelulusan 100 peratus tetapi untuk 2014, kesemua 17 calon lulus dengan mendapat empat prinsipal,” katanya.

Selain itu, sebanyak 41 sekolah mencapai lulus penuh 100 peratus, meningkat sebanyak 15 buah sekolah berbanding hanya 26 buah sekolah pada 2013.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");