Sukan Hari Ini

Aiman taruhan Red Army

KELAB Muaythai Red Army bakal mempertaruhkan barisan peninju mantap menjelang saingan Kuda Merah International Muaythai Challenge di Stadium Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, Sabtu dan Ahad ini.

Sejak ditubuhkan tiga tahun lalu, kelab berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia, melahirkan banyak peninju berkaliber antaranya Aiman Red Army dari Tentera Darat Malaysia yang akan dicabar peninju dari SS Fighter Club dari Thailand yang juga bekas juara Stadium Lumpinee.

Sementara itu, presidennya, Datuk Khlir Mohd Noor menggesa warga Angkatan Tentera Malaysia memberi sokongan kepada peninju tunggal tentera darat yang akan beraksi pada hari pertama kejohanan nanti.

“Perlawanan yang sengit bakal berlangsung antara kedua peninju ini dan pastinya memberi kepuasan kepada penyokong Red Army yang hadir.

“Penyertaan kejohanan ini adalah salah satu inisiatif untuk pembangunan sukan muaythai di dalam Angkatan Tentera Malaysia pada masa hadapan,” katanya, semalam.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");