Berita Hari Ini

GST: Yuran Rundingan Kesihatan Mungkin Naik

PUTRAJAYA: Perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta tidak sepatutnya mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), namun kosnya mungkin akan disembunyikan dalam yuran perundingan.

Penolong Kanan Pengarah Kastam II, Norazura Hashim bagaimanapun berkata bukan suatu kesalahan bagi doktor untuk menyerap kos GST ke dalam yuran perundingan.

“Selagi mereka tidak mengenakam bayaran GST berasingan yang dinyatakan dalam invois mereka, mereka tidak melakukan apa-apa yang kesalahan apabila melepaskan kos kepada pesakit,” katanya kepada pemberita.

Norazura berkata doktor swasta mungkin perlu membayar GST kepada pembekal ubat-ubatan dan mereka tidak akan dapat menuntut cukai kerana penjagaan kesihatan swasta termasuk di bawah senarai perkhidmatan yang dikecualikan.

“Oleh itu doktor atau klinik boleh menaikkan yuran perundingan mereka untuk menampung GST yang mereka buat,” katanya.

Ditanya sama ada terdapat pemantauan klinik, Norazura berkata perkara itu terpulang kepada pengguna.

“Kami menjangkakan peningkatan biasa antara 3 peratus dan 4 peratus dalam kos penjagaan kesihatan berikutan pengenalan GST.

“Pesakit yang menyedari wujud kenaikan besar-besaran perlu membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

“Pihak berkuasa akan menyiasat dan mengambil tindakan yang perlu,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Norazura berkata kementerian telah belum memuktamadkan senarai peralatan perubatan yang akan dikecualikan GST.

Beliau berkata senarai penuh pengecualian yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan akan dimuat naik di laman web Kastam tidak lama lagi.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");