Jenayah

Mati digilis lori sendiri

Sungai Petani: Seorang pemandu lori berusia 45 tahun mati dengan putus paha kanannya akibat digilis tayar lorinya sendiri selepas tercampak keluar apabila kenderaan dipandunya yang hilang kawalan sebelum terbalik dalam kemalangan di Jalan Bukit Selambau berhampiran Kampung Sungkup Para, di sini, semalam.

Kejadian berlaku jam 2.45 petang ketika mangsa, Zainuddin Md Hazirin dari Permatang Manggis, Kepala Batas, Pulau Pinang dalam perjalanan menghantar dedak ke sebuah ladang ternakan ayam di Bukit Selambau.

Sumber berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila tayar hadapan sebelah kiri lori itu terbabit pecah menyebabkan kenderaan itu terbabas ketika melalui selekoh lalu memasuki laluan bertentangan.

Katanya, lori berkenaan terjunam ke dalam parit menyebabkan mangsa tercampak sebelum digilis tayar kenderaan terbabit yang turut terbalik dengan keempat-empat tayar ke atas.

“Mangsa parah dengan putus paha kanan mati di tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis yang mengesahkan kejadian berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");