Perak Hari Ini

Kerajaan Pandang Serius Isu IS Babit Kakitangan Awam Di Perak

IPOH: Kerajaan Perak memandang serius isu penahanan seorang individu di negeri ini yang dikaitkan dengan kumpulan militan Islam (IS) bagi tempoh antara 28 Februari hingga 2 Mac lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, berkata, kerajaan negeri memandang serius perkara tersebut kerana ia mungkin melibatkan penyertaan kakitangan kerajaan.

“Kita berharap perkara ini dapat dibendung dan kerajaan akan mengambil tindakan yang sepatutnya seperti melihat semula undang-undang dan pekeliling awam untuk mengelakkan perkara ini daripada terus berlaku.

“Saya juga mengarahkan Ketua Polis Perak, Datuk Osman Salleh agar memberi laporan kepada saya berkaitan isu ini,” tambah beliau lagi.

Sementara itu, Zambry turut menasihatkan supaya rakyat tidak terlibat atau tidak terpengaruh dengan ideologi yang boleh membawa kepada keburukan kepada kehidupan mereka dan juga negara.

Beliau mengulas isu tentang penahanan seorang wanita dan dua lelaki termasuk pegawai kerajaan yang dikaitkan dengan kumpulan militan IS.

Seorang wanita berusia 29 tahun yang merupakan seorang surirumah dan berasal dari Johor dipercayai bertanggungjawab untuk merekrut individu lain untuk menyertai IS, manakala seorang lagi, seorang pegawai kerajaan berusia 39 tahun yang dipercayai sebagai salah seorang ahli kanan IS.

Suspek ketiga yang ditahan berusia 22 tahun dari Perak yang dipercayai membiaya sesiapa yang ingin berlepas ke Syria untuk menyertai IS.

Kesemua suspek ditahan dalam operasi yang dilakukan secara berasingan di Johor, Kuala Lumpur dan Perak yang dilakukan oleh Bahagian Anti-Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");