Sukan Hari Ini

Nicol mara suku akhir

Kuala Lumpur: Datuk Nicol David (gambar) berada pada landasan terbaik meraih kejuaraan kedua musim ini apabila mara ke suku akhir Terbuka Windy City, Chicago 2015 semalam.

Pemain pilihan pertama itu mudah mengalahkan Heba El Torky 11-5, 11-4, 11-7 pada pusingan kedua dalam perlawanan yang berlangsung selama 27 minit itu.

“Satu kemenangan yang meyakinkan ke atas Heba. Saya bertemu Alison Waters pada suku akhir,” katanya dalam laman sosial, Twitter.

Sebelum itu, Alison (England) yang juga pilihan kelima mengalahkan rakan senegara, Victoria Lust 13-11, 11-5, 11-4.

Sementara itu, seorang lagi pemain negara, Low Wee Wern bertemu Rachael Grinham dari Australia awal pagi ini.

Wee Wern yang diletakkan sebagai pilihan ketujuh berhempas-pulas kelmarin untuk mengalahkan pemain Mesir, Habiba Mohamed sebelum mencatat kemenangan 11-8, 9-11, 12-10, 11-6 pada pusingan pertama.

Bagaimanapun, hasrat melihat ketiga-tiga wakil negara mara ke pusingan kedua tidak kesampaian apabila Delia Arnold kalah kepada pilihan ketiga, Laura Massaro (England), 11-7, 5-11, 6-11, 11-13.

Nicol kini memburu kejuaraan kedua tahun ini apabila meraih kejayaan sulung di Kejohanan Klasik Cleveland, Januari lalu.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");