Laporan Eksklusif

‘Saya tetap bersedih’

Kuala Lumpur: “Saya tidak boleh kata saya adalah kawan rapat (Lee) Kuan Yew, tapi saya tetap sedih dengan pemergiannya,” kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai bekas pemimpin nombor satu Singapura itu yang meninggal dunia Isnin lalu.

Mantan Perdana Menteri berkata, kesedihan tidak dapat dielakkan walaupun seseorang yang meninggal dunia itu adalah sahabat atau tidak.

Berkongsi pengalamannya yang sering berlaga pendapat melalui coretan bertajuk ‘Kuan Yew and I’ dalam blognya semalam, beliau berkata, pertentangan demi untuk membangunkan negara yang baru merdeka itu tidak menjadikan mereka bermusuh antara satu sama lain.

“Saya tidak pernah ke Singapura untuk mewujudkan kekacauan walaupun Lee pernah menuduh saya Melayu ultra yang terbabit membuat rusuhan kaum di republik itu.

“Apabila saya menjadi PM (perdana menteri) pada tahun 1981, saya melakukan kunjungan hormat terhadap Lee. Ia adalah kunjungan persahabatan dan pada perjumpaan itu, beliau bersetuju dengan cadangan saya supaya waktu Malaysia dan Singapura yang sama sejak sekian lama, dipercepatkan setengah jam,” katanya.

Lee meninggal dunia pada usia 91 tahun di Hospital Besar Singapura selepas mengalami radang paru-paru teruk.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");