Membawang Hari Ini

Fathia panik!

Jika edisi pertama majalah digital ZIP (Zon Interaktif Pesona) bulan lalu menampilkan aktres popular yang juga ‘Ratu Instagram’ iaitu Nora Danish, kali ini menerusi edisi April giliran bintang Ariana Rose, Nur Fathia Abd Latiff atau Fathia, 28, pula mengambil alih takhta ‘cover girl’.

Membicarakan topik ‘Paparazzi’, Fathia sempat merasai pengalaman panik menjadi buruan paparazzi yang dahagakan berita hangat daripadanya untuk disensasikan.

Menurutnya, walaupun ia sekadar lakonan, tetapi tetap membuatkannya berdebar dan rimas.

“Saya dapat bayangkan bagaimana perasaan bintang Hollywood yang diekori setiap masa. Jika saya dalam situasi yang sama, sudah tentu saya akan bertindak serupa iaitu mengelak daripada diperhatikan dan dikejar 24 jam!,” katanya.

Penggambaran di Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur itu dilakukan team ZIP dengan kerjasama Whitelips Studio yang menampilkan Nizarhafiz Mustafa sebagai jurukamera dan jurugambar.

Ironinya, secara kebetulan Fathia sebelum ini memang menjadi buruan media tempatan berikutan dakwaan dia putus cinta dengan kekasihnya yang juga pelakon kacak, Aiman Hakim.

Gosip yang tersebar itu memberikan penulis idea menggarap jalan cerita berlatarkan kehidupan seorang ‘diva’ yang kecundang dalam percintaan.

Namun, ia diterjemah pada susuk tubuh ‘pengantin’ yang sedang melarikan diri daripada paparazzi.

Sehubungan itu, pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat yang baru saja melancarkan busana perkahwinan Hatta Dolmat Principessa 2015 Bridal Couture turut menaja gaun pengantin untuk dipakai Fathia khusus untuk penggambaran video cover ZIP.

Transformasi daripada kelembutan seorang pengantin yang kecewa kepada ‘rebellious’ juga wanita yang lebih perkasa, penampilan Fathia dari segi solekan serta dandanan rambut hasil sentuhan Addin Ahmad diubah.

Fathia juga kelihatan ‘daring’ apabila menyarung dua persalinan gaun hitam rekaan Rizman Ruzaini yang dirakamkan dalam gudang PNMB di mana terdapat mesin cetak dan kamera lama keluaran era 1950-an.

Bukan sekadar Fathia, ZIP edisi April menjanjikan pelbagai topik menarik dan semestinya mengujakan.

Antaranya ruangan Featuristic menceritakan pengalaman dan cabaran penyelam di Aquaria KLCC memberi makan kepada ikan jerung di mana video turut disertakan.

Selain itu, ruangan Fashion Yoda menampilkan rakaman video istimewa mengandungi proses melakar sehinggalah pembuatan sehelai gaun hasil rekaan pereka fesyen terkenal Fizi Woo.

Paparan wadah menarik ZIP antara lainnya ZIPSHAPE yang membongkar rahsia model terkenal Idris Khan menjaga tubuh sasanya, manakala ZIPTIP pula menampilkan petua penyanyi bersuara lantang Ziana Zain kekal cantik dan lentik.

Sementara segmen OFFDUTY menyorot aktiviti Horse Riding pelakon Fizo Omar di masa lapang, manakala ZIP360 dan ZIPGAME mencoretkan ragam orang ramai serta pengalaman menarik wartawan ZIP merakamkan dari udara termasuk mengendalikan pesawat KT-1 B LIMA 2015 di Langkawi baru-baru ini.

Untuk melanggan ZIP, anda hanya perlu memuat turun aplikasi ZIP (Zon Interaktif Pesona) menerusi Play Store dan App Store ke telefon pintar dan tablet anda secara percuma. Ia sangat mudah dan menyeronokkan.

-MEtro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");