Jenayah

Nyaris maut kereta dipandu bertembung bas

BENTONG – Seorang pemuda nyaris maut apabila kereta yang dipandu terbabas dan melanggar sebuah bas di Kilometer 11 Jalan Bentong-Raub, semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, kejadian berlaku sekitar jam 4.20 petang berhampiran simpang Kampung Lebu.

Menurutnya, Mangsa, Mohamad Hanif Yazlan, 22, yang memandu Honda Civic bersendirian dalam perjalanan dari Bentong ke Felda Mempaga.

“Siasatan mendapati kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan akibat jalan licin ketika menuruni bukit.

“Kereta mangsa kemudiannya terbabas ke kanan jalan lalu bertembung dengan sebuah bas Transnasional tanpa penumpang dari arah bertentangan sebelum berpusing,” katanya.

Katanya lagi, mangsa yang berasal dari Felda Mempaga 3 itu mengalami kecederaan patah tiga batang gigi dan koyak di buku lali kaki kanan dan dibawa ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan.

Pemandu bas, Mohd Nurdin Mamat, 49, yang berasal dari Kelantan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");