Berita Hari Ini

KWSP perlu fokus urusan dana bukan campur urusan pencarum

KUALA LUMPUR, 19 April:

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak seharusnya membelakangkan suara pencarum dalam soal dan mempersoal urusan pencarum untuk menggunakan wang simpanan itu.

Awang Selamat dalam kolumnya, Bisik-Bisik Awang Selamat dalam Utusan Malaysia hari ini berkata KWSP hanya perlu fokus kepada urusan pengurusan dana kumpulan berkenaan secara baik dan tidak perlu mencampuri urusan pengeluaran pencarum.

Menurut Awang, lebih baik sekiranya status usia pengeluaran kini dikekalkan pada usia 55 tahun walaupun usia persaraan dilanjut.

“Janganlah melawan gelombang suara rakyat dan para pencarum. Hakikatnya simpanan dalam KWSP adalah hak pencarum.

“Nasihat Awang, janganlah terlalu bimbang dan menjangkaui urusan pencarum.

“Tumpukan sahaja tanggungjawab KWSP dalam mengurus dana kumpulan itu secara terbaik dan lebih berkesan,” katanya.

Selain itu katanya tindakan KWSP memberi saranan mengenai usia pengeluaran wang itu turut memberi perspektif negatif kepada imej kerajaan.

Ini katanya meskipun KWSP mendakwa ia adalah demi kebaikan pencarum untuk jangka masa panjang, namun perkara itu harus dilihat daripada setiap sudut termasuk keperluan perbelanjaan untuk urusan kewangan bagi isi rumah.

Katanya KWSP juga tidak perlu meneruskan hasrat untuk membuat rundingan awam kerana kebanyakan rakyat tidak bersetuju dengan cadangan yang difikirkan.

“Ia juga akan mendedahkan kerajaan kepada pelbagai tohmahan dan persepsi negatif meskipun KWSP menyatakan ia mempunyai niat murni dan demi kebaikan jangka panjang pencarum.

“Awang juga merasakan tidak perlu untuk KWSP meneruskan hasrat mengadakan rundingan awam. Itu semua hanya buang masa selain menambah tekanan kepada rakyat yang sedang berdepan pelbagai isu. Cukuplah,” katanya.

Terdahulu Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata pihaknya sedang menimbang menyelaraskan umur pengeluaran simpanan persaraan ahlinya hampir kepada usia persaraan 60 tahun.

Perkara itu bagaimanapun mendapat respon negatif daripada pencarum khususnya pesara yang katanya sukar menanggung perbelanjaan harian dan menggunakannya untuk berbagai tujuan.

-therakyatpost.com

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");