Perak Hari Ini

Lelaki Maut, Kereta Bertembung Treler di Segari

SEGARI: Seorang lelaki maut dalam satu kemalangan melibatkan sebuah kereta dengan treler pagi tadi.

Mangsa berumur 25 tahun itu maut akibat tersepit dalam kejadian yang berlaku di Batu 6, di sini kira-kira jam 8 pagi.

Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis melaporkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.01 pagi tadi sebelum anggota digegaskan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan tersebut telah melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga dan sebuah treler.

“Setibanya anggota di lokasi kejadian mendapati bahawa mangsa telah meninggal dunia akibat tersepit,” katanya.

Ujarnya, pihak bomba telah menggunakan rescue tool untuk mengeluarkan mangsa tersebut.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya lagi.

Operasi yang diketuai oleh PBK II Abd Latif Ahmad Nawawi selesai kira-kira jam 8.57 pagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");