Berita Hari Ini, Perak Hari Ini

#PRK Permatangpauh : Harapan tinggi diberikan untuk kemenangan BN

 

Mantan Menteri Besar Perak, Dato Seri Diraja Tajol Rosli Ghazali turut hadir di Institut Kemahiran Belia Negara Permatang Pauh (IKBN) untuk memberi sokongan moral kepada calon Barisan Nasional dalam PRK P 44 Permatang Pauh,

Beliau memaklumkan, walaupun Barisan Nasional menghadapi calon yang kuat iaitu Datin Seri Dr Wan Azizah Ibrahim, namun Barisan Nasional dillihat mampu dan mempunyai peluang untuk menawan kembali kerusi yang didominasi oleh suami beliau sejak sekian lama sejak beliau berada dalam Barisan Nasional lagi.

Beliau juga berharap jentera parti supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi hati pengundi supaya memilih calon BN yang lebih muda, tambahan lagi anak tempatan dan mampu untuk membawa perubahan kepada parlimen Permatang Pauh.

“Berkempen lah secara bersih, berhemah dan elakkan sebarang kontroversi yang boleh mencetuskan ketegangan,” tambah beliau.

Seorang lagi wakil Pemuda Umno Bahagian Grik yang turut sama menemani Dato Seri Diraja, Saudara Mohd Salehuddin Mat Isa berharap satu perubahan yang besar dapat ditunjukkan dalam PRK kali ini dan berharap sokongan anak muda kali ini kembali kepada Barisan Nasional.

Harapan yang tinggi kepada orang muda untuk menentukan masa depan negara sejajar wawasan 2020.

IMG_0194

Seorang Pemuda Umno Permatang Pauh Saudara Zulkifli Hasan dari Taman Pauh berharap kali ini BN menang kerana selama ini tak ada apa kemajuan dan perubahan dilakukan oleh Anwar Ibrahim atau Wan Azizah sejak mereka menguasai kawasan parlimen ini. beliau juga menyataka ramai penyokong Pas dan Pkr kali ini sudah jemu dengan Pkr kerana gagal menunaikan apa juga permintaan penduduk. ” Minta apa pun semua tak dapat”  Kali ini kami mahu perubahan berlaku di sini, begitu juga orang Cina yang dahulunya penyokong kuat Pkr kini sudah jemu dengan janji-janji kosong mereka.

 

.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");