Perak Hari Ini

Cadangan Wujud DUN Belia Negeri Perak :Shahrul

IPOH: Kerajaan Negeri berhasrat untuk menubuhkan Dewan Undangan Negeri (DUN) belia di peringkat negeri Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, idea tersebut tercetus susulan daripada parlimen belia yang telah berlangsung sebelum ini.

“Pada masa ini, kita sedang dalam proses untuk menjalankan soal selidik tentang penubuhan DUN Belia,” katanya.

Beliau berkata, DUN belia tersebut akan melibatkan semua peringkat di negeri itu.

“Ini termasuklah daripada orang kurang upaya (oku), Orang Asli, pemimpin pelajar dan juga golongan professional,” katanya lagi dalam sidang media di sini, hari ini.

Tambahnya, ia ditubuhkan bagi mewakili seluruh peringkat belia tidak mengira etnik, agama dan geografi kawasan masing-masing.

“Perkara ini pada akhirnya akan menjadi satu kumpulan pemikir sebagaimana yang telah diinspirasikan dalam Gagasan Amanjaya,” jelas beliau.

Namun begitu, tegasnya, DUN belia tersebut tidak akan berunsurkan politik.

“Kita berfikiran tidak perlu ada pilihan raya seperti pemilihan parlimen belia tetapi cukup hanya sekadar setiap daerah menghantar seorang wakil.

“Setiap wakil tersebut akan ditemuduga untuk memastikan mereka benar-benar layak.

“Jumlah peserta yang akan terlibat adalah maksimum seramai 63 orang mengikut sidang DUN yang sebenar,” ujarnya lagi.

Shahrul berkata, pihaknya menyasarkan agar persidangan pertama bagi DUN belia berkenaan akan diadakan pada tahun ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");