Perak Hari Ini

10 Exco Kerajaan Negeri Perak Selesai Angkat Sumpah

KUALA KANGSAR: Seramai 10 Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak hari ini telah mengangkat sumpah bagi jawatan tersebut untuk penggal ketiga.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke majlis yang diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Turut berangkat ke majlis berkenaan ialah Raja Permaisuri, Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa, diikuti oleh Raja Di Hilir, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris A’fifullah Shah dan kerabat diraja Perak.

PERAK TODAY 3

Majlis telah dimulakan dengan pengurniaan watikah perlantikan kepada kesepuluh anggota mesyuarat kerajaan negeri di bawah pentadbiran Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Ia dimulakan dengan pengurniaan watikah perlantikan kepada Datuk Saarani Mohamad, diikuti dengan Datuk Dr Mah Hang Soon, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

PERAK TODAY 4

Pengurniaan watikah pelantikan seterusnya diberikan kepada Datuk Rusnah Kassim, Datuk Samsudin Abu Hassan, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria dan Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Majlis diteruskan lagi dengan istiadat mengangkat sumpah bagi jawatan berkenaan untuk penggal ketiga mengikut urutan pengurniaan watikah perlantikan tersebut.

Ia kemudiannya diakhiri dengan bacaan doa oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan keberangkatan baginda kira-kira jam 12.10 tengahari.

PERAK TODAY 5

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");