Perak Hari Ini

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur Anjur ‘Wacana: Hala Tuju Pemuda PAS Malaysia’

IPOH: Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur bakal menganjurkan dialog satu pentas antara calon-calon Pemuda PAS Malaysia yang akan bertanding dalam Mutamar Tahunan pada tahun ini.

Sesi dialog yang diberi nama “Wacana: Hala Tuju Pemuda PAS Malaysia” akan diadakan pada 27 Mei 2015 (esok) , jam 9.00 malam di Hotel Seri Malaysia di sini.

Menurut Ketua Penerangannya, Shamsul Effendey Abd Rahim, pihaknya telah menjemput kesemua calon bagi tiga jawatan tertinggi yang akan bertanding untuk merealisasikan hasrat akar umbi bagi penganjuran sesi dialog tersebut.

“Setakat ini tiga daripada enam calon jawatan tertinggi telah menyatakan hasrat untuk hadir ke program yang pernah dianjurkan pada sesi pemilihan dua tahun lalu.

“Namun begitu, kami meletakkan segunung pengharapan kepada tiga lagi calon untuk menghadiri wacana ini dan jemputan ini akan terus dibuka sehingga saat wacana ini berlangsung,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Ujarnya, pihaknya yakin bahawa kesemua calon yang dijemput tersebut tidak akan mengecewakan hasrat akar umbi yang mengharapkan mereka hadir ke program tersebut.

“Inilah platform yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mereka menzahirkan kemampuan dengan menyatakan visi, misi dan hala tuju masing-masing ke arah Pemuda PAS yang lebih berwibawa kepada masyarakat,” jelas beliau lagi.

“Wacana: Hala Tuju Pemuda PAS Malaysia” berkenaan dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur dengan kerjasama Gabungan Anak Muda Perak (Gabung).

Seluruh anak muda khususnya para perwakilan dijemput untuk menghadiri majlis tersebut bagi bertemu secara bersemuka dengan perwakilan berkenaan disamping dapat mengemukakan segala persoalan kepada calon-calon itu nanti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");