Jenayah

Kami boleh maafkan tapi…

KUALA LUMPUR – ‘Kami boleh maafkan tetapi yang bersalah tetap bersalah dan perlu dihukum,” kata ibu Allahyarham Fairuz Nizam, Normah Toso, 65.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan 20 ahli Familia Myvi Club (FMC) yang memohon maaf atas kemalangan yang menyebabkan kematian Fairuz Nizam, isterinya, Nova Safitri Azhari dan anaknya yang berusia 6 bulan.

Normah berkata, dia sekeluarga menerima kunjungan ahli kelab tersebut dengan terbuka kerana mereka hadir dengan niat yang baik.

Kehadiran mereka adalah untuk menjernihkan keadaan dan membersihkan nama ahli yang tidak terlibat.

Suasana menjadi sayu apabila Setiausaha FMC, Asrul Hanif Mohamad, 28, melutut memohon maaf kepada Normah.

Normah yang tidak dapat menahan sebak, ditenteramkan anaknya Muhammad Faizznur Asyraf Husain yang sentiasa berada di sisinya.

“Makcik sekeluarga kehilangan besar, nak. Makcik hilang anak dan cucu. Bagaimana dengan anak-anak arwah. Mereka hilang tempat bergantung.

“Kamu tidak terlibat (dalam kemalangan), tetapi makcik mahu yang bersalah dihukum dan terima balasan setimpal,” katanya dengan nada hiba.

Selain memohon maaf, ahli kelab itu juga berjanji untuk memberi kerjasama dalam siasatan dan sokongan kepada keluarga tersebut.

Sementara itu Muhammad Faizznur Asyraf berkata, dia bangga dengan kehadiran ahli FMC yang disifatkannya sebagai berani.

“Alhamdulillah saya bersyukur dan bangga kerana mereka berani tampil bertemu kami.

“Saya amat mengharapkan mereka yang tidak terlibat datang memberi sokongan moral kepada anak-anak arwah dan keluarga kami,” katanya.

Bagaimanapun dia tetap mahu ahli kelab itu yang bernama ‘Yana’ yang dipercayai terlibat dalam kemalangan itu untuk tampil memohon maaf secara terbuka.

“Kalau anda (Yana) rasa tidak terlibat dan tidak bersalah, sila tampil mohon maaf. Kata-kata anda telah membangkitkan kemarahan seluruh rakyat negara ini.
“Berani kerana benar, takut kerana salah,” katanya.

Muhammad Faizznur Asyraf turut menasihati ahli FMC untuk membuat laporan polis sekiranya mereka diugut pihak tertentu berkaitan nahas tersebut.
Asrul Hanif (kanan) memohon maaf kepada Normah dan seluruh ahli keluarganya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");